Sunday 19 October 2014

Minggu Destini Siswa - Universiti Teknologi MARA

Posted by d[^_^]b Sheraaa at 01:21
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Mencari timba si anak dara,
DI bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Alhamdulillah akhirnya ada juga masa buat diri ini untuk menulis semula kisah-kisah kehidupanku disini Facebook Kiki Smiley

Boleh panggil saya Shera Facebook Sunglasses Smiley Ok pada asal nya saya sudah acapkali post cerita dalam blog ini, tetapi saya

terbuang semua kisah dan tiada back-up jadi. .  kene lah 'me' rajinkan diri balik untuk taip kisah-kisah tetapi

nak mengimbau kisah lalu macam susah nak ingat , jadi saya decide untuk ceritakan kisah yang baru . Facebook Wink Smiley

Straight forward terus , okay memandangkan tajuk saya tentang MDS iaitu Minggu Destini Siswa , di sini 

saya ingin berkongsi kepada bakal siswa-siswi yang akan belajar di mana-mana cawangan UITM di seluruh 

Malaysia. Ikut pengalaman saya , sebelum saya nak memasuki ke Universiti tersebut , saya sendiri akan 

'google' secara terperinci tentang Universiti tersebut termasuklah tentang MDS .

Usually sesiapa yang bakal masuk UITM akan dengar tentang MDS


  Apa itu MDS 'Minggu Destini Siswa' ?

MDS ialah tempoh orientasi yang dijalankan kepada para siswa yang baru sahaja mendaftarkan diri di 

Universiti pada hari pertama menjejakkan kaki disana.

Tempoh : seminggu 

Bila start MDS ini ? Sejurus anda mendaftarkan diri di KOLEJ KEDIAMAN masing-masing , nanti 

akan dapat pengumuman dari orang atasan untuk bersedia . Memang kebiasaanya pada hari pertama anda

mendaftarkan diri , pada hari itu juga lah MDS bermula . JENG JENG JENG 



Di ingatkan , kepada siswi yang beragama Islam , yang tidak bertudung itu , pada minggu Orientasi 

dijalankan , kalian semua WAJIB memakai tudung , jadi tahan sahaja lah seminggu pakai tudung ya hihihi.

Pakaian ? Baju kurunng ( Perempuan ) / Baju kemeja ( Lelaki ) serta bertali leher Facebook Curly Lips Emoticon

Tidak boleh sama sekali memakai seluar jean bagi lelaki dan perempuan , formal sahaja dibenarkan , 

maksud nya, lelali seluar slack / perempuan baju kurung sahaj , jadi tahan sahajalah seminggu pakai baju 

formal. Kasut ? 

1) Kasut bertutup , maksudnya tidak boleh pakai sandal ke tumit tinggi ke , wedges ke , oh

no no no, kene formal ok, tidak boleh pakai kasut yang menampakkan ibu jari kaki semua tu. 

2) Kasut Sukan , tujuan dia , nanti akak2 dan abang2 PMDS akan bawa kalian berjalan 'Campus Tour'

untuk melihat universiti yang bakal kalian jejaki hari-hari seperti dimana dewan kuliah , cafe , library, masa 

campus tour tu nanti, dengar apa sahaja abang2 kakak2 PMDS itu terangkan sebab pada hari pertama 

kalian memulakan kuliah, jangan jadi "blurr" pula nak cari dewan kuliah itu dekat mana , ada yang sampai

tersesat ok (pengalaman kawan2)

3) Selipar jamban, untuk memudahkan kalian solat nanti . Memang sangat diperlukan .




Okay sudah. Baju dah ( / ) Kasut dah ( / ) barang-barang pula ? 

Untuk pengetahuan kalian , pada minggu MDS ini , saya sarankan kepada kalian agar jangan bawa barang 

berharga seperti Laptop , DSLR , segala yang berharga lah . Sebab kalian tidak akan duduk di KOLEJ 

KEDIAMAN kerana biasanya pada pukul 3-4 pagi , kalian dah bangun bersiap2 untuk diorientasikan , 

kemudian habis pukul berapa ? 1 pagi dik oi baru habis , Lepas habis pukul 1 tu, kalian tidur?

TIDAK , kenapa saya cakap macamni ? Yelah , kalian tentu nak iron baju semua untuk program MDS 

keesokan harinya pula kan. Kalau tidur lambat, Fuuuuhhhh azab nak bangun nanti, lagi-lagi semasa tengah 

dengar ceramah, confirm tertidur, dan kalian akan dikejutkan takpun akan dimalukan jika tidur semasa 

tempoh orientasi dijalankan.

APA LAGI BARANG-BARANG NAK DIBAWA ?
Sabun basuh baju dan berus
Makanan (confirm lapar masa MDS)
Pedlock  (kunci almari baju orang)
Iron ( sebab dekat universiti mana ada disediakan iron dik)
Nota kecil + Pen 
Kelengkapan solat (telekung)

Okay so far ini sahaja lah , kalian boleh tidur puas2 lepas minggu MDS tamat , dan boleh balik ke rumah , 

barang2 berharga baru boleh dibawa selepas itu , bukan apa dik , bahaya bawa , nanti kene songlap , 

menangis tak berlaku nanti , Hah itu sahajalah , kalau ada apa-apa pertanyaan tentang minggu MDS Uitm, 

boleh lah komen Facebook Kiki Smiley

All the best kalian semua , fight for one week MDS Facebook Devil Emoticon


Assalammualaikum

0 comments:

Post a Comment

 

ℰnchanted ❧❃ Copyright © 2012 Design by Antonia Sundrani Vinte e poucos