Assalammualaikum
Tidak lama dah nak masuk UITM ke ? ouh kalian tengah buat survey tentang kos perbelanjaan yang
bakal dilabur ? hihi . Okay saya dahulu pun seperti itu, risau sangat berapa banyak kos yang akan
digunakan semua sekali. Saya terangkan secara ringkas lah ye, semasa kalian mengisi U.P.U
mereka ada tawarkan bantual awal pengajian. Perasan tidak? Soalan tu terletak di bawah sekali,
bagi yang bersetuju untuk terima, ok lah tu sebab kalian boleh terus cash kan sahaja di CIMB bank and
terus dapat RM1500. Jumlah yang kalian dapat itu sebenarnya sudah memadai untuk perbelanjaan
yang kalian akan gunakan sebagai permulaan menjejakkan kaki di Universiti tetapi RM1500 kalian
kene bayar semula, bagaimana caranya? sampai sekarang saya masih tidak mengetahuinya.
bagi yang tidak mengambil bantuan tersebut, juga tidak mengapa tetapi dalam tangan mesti ada dalam
sekitar RM1000-1500 dah cukup dah.
Apa yang perlu dibayar ?
1. Yuran pengajian - sebelum masuk universiti, yuran pengajian kene settlekan dahulu
2. Bil-bil perawatan di klinik - kalian kene buat x-ray, ujian air kencing, rabun dan sebagainya yang ada
tertera di surat tawaran masuk ke universiti kalian dan sudah semestinya itu semua menggunakan duit.
3. Barang-barang keperluan masuk ke universiti
4. Buku untuk tahun semester kalian yang akan kalian gunakan. Biasanya satu buku berharga lingkungan
RM40-80, memang mahal pun tapi boleh cari jalan mudah iaitu menjimatkan sedikit kos,
dengan cara? beli buku dari senior. Pakai buku 2nd-hand pun okay. Saya pun begitu, jimat lah sedikit.
Setakat itu, ini sahaja yang ingin saya kongsikan, memang yuran pengajian di UITM murah tetapi kos
dalaman, seperti baju rasmi fakulti jurusan kalian yang akan kalian gunakan? kene bayar juga ok.
Yuran kolej lagi, bil elektrik lagi, . hihi dah masuk baru lah tahu. Apapun berjimat-cermat itu lebih bagus
sebab bila dah masuk Universiti ini buat kita lupa daratan kadang-kadang. hihi seperti shopping dan
akhirnya bila dah hampir ke penghujung semester, poket dah kering.
Sekian itu sahaja dari saya, Assalammualaikum
Sunday 26 October 2014
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment